Friday, May 4, 2012

Ironinya iman dan amal

Kadang-kadang hatiku terdetik.
Kenapa seseorang itu suka berdakwah berkenaan agama tetapi tup-tup dia melakukan juga apa yang terlarang oleh agama?
Pelik dan hairan. Dia menunaikan solat berjemaah, mengajak rakan mendengar ceramah agama tetapi dia berkata nista dan berlawak lucah. Kadang-kadang kita lebih bangga menunjuk-nunjuk perlakuan jahat, dusta dan sedikit luar tabii tetapi malu untuk berlaku sopan atau membetulkan apa yang salah. Rasa bersalah untuk mengajak kebaikan? Rasa segan mengajak orang bersolat ketika mereka sedang leka berbual. Tambahan pula berbual pasal agama dan ketuhanan. Ironinya hidup ini. Antara iman dan amal.

Saturday, January 28, 2012

1 - Bersyukur dan berfikir tentang diri

Sekali-sekala aku akan duduk bersendirian memikirkan tentang apa yang aku ada dan apa yang telah terjadi. Walau dengan banyak kekurangan yang kerap mengganggu pemikiranku, tetapi apabila difikirkan dengan teliti, aku telah dikurniakan pelbagai rahmat, terlalu banyak jika dibandingkan dengan kekurangan yang ada.

Aku dilahirkan cukup sifat. Mempunyai mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, telinga untuk mendengar dan kakitangan untuk bergerak dan membuat kerja. Walaupun mataku sedikit kabur apabila tidak memakai cermin mata, aku masih boleh melihat. Boleh melihat alam dan kecantikan dunia. Aku harus bersyukur. Jikalau tidak, tentu sekali aku tidak dapat menaip untuk wacana ini.

Aku sedar aku tidaklah sekacak mana, badan tidak segagah badang, perut sedikit buncit tetapi aku lebih baik dari mereke-mereka yang mempunyai cacat dan cela. Seburuk-buruk apa yang aku fikirkan tentang diriku, ada banyak lagi yang lebih buruk dari aku. Tidak dinafikan ada banyak yang lebih baik dariku, itu adalah mereka, mungkin mereka lebih pada sesuatu dan kurang pada sesuatu. Aku tidak harus mencemburui mereka walhal membenci mereka kerana kelebihan mereka. Aku hanya patut berasa senang dengan ciptaan tuhan yang maha cantik dan pelbagai.

Aku masih sendiri tanpa mempunyai teman istimewa. Umurku kini yang telah mencecah 28 tahun mengundang pelbagai pertanyaan dan cadangan untukku berkenalan dengan pelbagai gadis. Namun aku mempunyai kekasih yang Maha agung iaitu Allah, Dia yang mendengar segala rintihanku tanpa jemu dan memberi ketenangan apabila aku memanggilNya. Dia Maha pemaaf dan sentiasa memberi rahmatnya walaupun aku sentiasa melakukan dosa-dosa terhadapNya. Aku juga mempunyai ahli keluarga yang harmoni dan menyayangi aku tanpa syarat. Sentiasa bertanyakan khabarku dan ingin selalu berkongsi pengalaman hidup bersamaku. Tetapi adakalanya aku memilih untuk merahsiakan beberapa perkara dari keluargaku. Aku sedar, sayang mereka terhadap aku tidak akan luntur demi masa.

Aku bersyukur mempunyai keluarga, kenalan dan sahabat handai yang sentiasa ingin melayan karenahku. Mendengar percakapan aku walaupun adakalanya aku menyakitkan hati ataupun mengarut. Kawan untuk bergurau senda walaupun mungkin aku ada mengguris hati mereka.

Mungkin aku tidak terlalu kaya dimataku tetapi aku lebih kaya berbanding mereka yang hidup bergelandangan. Pandanganku, persepsiku selalu sahaja menyatakan apa yang tidak cukup tetapi jarang untuk sedar dengan limpahan kurnia dan rezeki yang telahku nikmati. Adaklanya aku ditimpakan dengan musibah agar merasa kepayahan hidup did dunia. Baru sedikit takkan aku harus bersedih selamanya. Setiap kejadia itu sesungguhnya mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Setiap makhluk yang ketemui adalah guruku dalam memnempuh alam yang fana ini. Aku harus bersabar dan menerima kekurangan dan kelebihan makhluk lain.

Bagiku, tiada yang sempurna. Setiap yang kelihatan sempurna pada mataku mungkin mempunyai seribu satu masalah yang tidak disedari olehku. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Dia lah yang maha Adil.

Tidak guna bersedih tentang apa yang aku tidak ada, sebaliknya bergembiralah dengan apa yang aku ada.

0 - La Tahzan

La Tahzan bermaksud jangan bersedih. Sebuah penulisan menarik oleh tokoh terkenal Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni. InshaAllah penulisanku di sini, bermula hari ini dan hari-hari seterusnya akan menyentuh secara peribadi topik-topik yang telah ditulis oleh beliau. Tujuan perungkaian topik-topik diharap akan memberikan aku suatu keinsafan tentang hidup dan perjalanan singkatku di dunia yang fana ini. InshaAllah akan juga menjadi pendoman oleh pembaca lain yang mengunjungi laman ini.

Saturday, December 3, 2011

Kadang2 orang memang tak tau marketing

Adoi la. Minda manusia ni memang kejam kadang2. Baru je nak suka sorang minah ni, tapi, setiap kali jumpa dia adoi la perut dia macam makin buncit. Adakah sebab dia suka pakai baju ketat2. Itulah islam suruh pakai pakaian yang tidak menunjukkan bentuk tubuh. Sekarang rasa suka makin lenyap.

Bila buncit mungkin disebabkan beberapa perkara. Tetapi paling kerap bermain dibenak minda ialah orang buncit adalah orang yang malas bersukan, atau secara jelasnya malas nak bergerak. Mungkin lepas makan duduk duduk saje kemudian tidur ataupun makan lagi.

Kalau single, harus tahu menjaga diri, kerana anda sedang mencari pasangan. Tentu saja pada pandangan mata lelaki yang paling utama ialah rupa. Eh jangan nak tipu lah kalau lelaki kata tak pandang rupa. Itu mungkin sebab ada sebab lain, nak duit ke, nak pangkat ke, ataupun nak harta dari ibupada perempuan yang kaya. Memang lelaki mata juwita, mata yang ingin mencari kecantikan.

Kalau sudah kawen tidak apa. Mungkin kerana mengandungkan anak maka si perempuan menjadi buncit.

Kalau belum, jagalah diri anda, walaupun sudah bertunang, si dia mungkin lari apabila melihat yang lebih baik.

Sunday, May 22, 2011

Kemalangan di Kuala Lumpur

Alkisah
Suatu malam yang hening pada hari khamis. Hujan lebat, jalan licin.
Tiba-tiba kereta CRV di hadapanku berhenti secara mengejut.
Aku lantas menekan brek.
Sejurus kemudian kereta kancil menghempap dari belakang.
Keretaku menggelongsor ke depan melanggar kereta di hadapan.
Aku seperti daging burger.
Di tengah-tengah roti bun.

Keadaan hening. Aku konfius.
Siapakah yang bersalah?
Yang depan minta ku bayar.
Yang belakang pun sama.
Aku sepatutnya tenang dan tidak gelojoh.
Aku gelojoh bersimpati.
Kataku no problem kepada yang depan nanti call saja.
Yang belakang pun aku kesian sebab semuanya pelajar.
Ada tiga orang di kereta kancil tersebut.
Kancil yang mereka pinjam remuk di bahagian depan.
Lantas ditunjuk ke kereta ku katanay tidak ada apa-apa.
Sikit saja, tolonglah bayar untuk mereka.
Aku hampir setuju. Walaupun kesian namun janganlah terburu-buru.

Sepatutnya.
Aku tenang.
Aku patut kata, "Kita report polis sahaja"
Lantas aku harus pergi setelah:
- mengambil nombor kereta mereka
- mengambil nombor telepon mereka
- mencatat jenis kereta mereka
- mengambil gambar kerosakan

Biarlah polis sahaj uruskan.
Sebabnya insurance pastinya boleh claim.
Jangan jadi bodoh orang kata.
Aku tidak harus bayar satu sen pun
Sebab ada kemungkinan aku tidak bersalah walaupun melanggar kereta di hadapan.
Cara mereport ada teknik.

Jangan pergi ke balai polis secara tergesa-gesa.
Balik dulu rumah.
Minta nasihat.
Cuba karang apa yang perlu dikatakan kepada polis.

Esoknya aku berbual-bual, banyak idea bernas diperoleh.
Aku mula faham.
Dan kemudian pergi ke servis agent aku.
Dia sangat membantu.
Dia kata insurance dia akan uruskan.
Dia siap ajar bagaimana harus aku report polis.

Aku ke balai polis dengan bantuan rakan.
Balai polis yang dikunjungi harus mempunya kuasa terhadap kawasan kemalangan.
Aku mengambil nombor.
Aku dipanggil.
Aku memberi deraf laporanku kepada anggota polis di kaunter.
Lantas dia menaip sambil memberi ku komen.
Kemudian aku diarahkan kepada pegawai penyiasat yang bertanggung jawab.
Dia membaca reprot ku lalu menulis di dalam bukunya sambil bertanyakan perihal kemalangan tersebut. Kemudian diarahkan untuk aku bertemu dengan jurugambar polis.
Selepas semuanya selesai aku pulang.
Sebelum pulang aku mengambil salinan report dengan bayaran RM 4. yang kemudiannya aku serahkan kepada agent service aku. Dia akan uruskan segalanya.

Sunday, May 15, 2011

Hati Yang Masih Teringat

~ Peter Pornor

Kenapakah hati ini masih
Teringat kan kau kau
Yang telah melupakan ku

Apakah rasa ini
Sebelah pihak sahaja
Kerna ku lihat kau telah bahagia

Adilkah
Ku bersendirian meratapi
Kehilangan mu di sisi

Apakah kau
tidak terasa walau sedikit pun

Aku ingin meneruskan langkah
namun hati ini masih mahu
mencari kamu
kamukah seharusnya di sisi ku
kenapa kah langkah ku terhenti

Thursday, April 28, 2011

Kahwin dan Cinta

Aku bertanya beberapa hari yang lepas kepada seorang teman yang agak baru kukenali. Dia seorang yang warak dan berilmu. Aku kagum dengan beliau walaupun dia muda daripada ku. Aku bertanya, "Bolehkah kahwin tanpa cinta?"

Boleh katanya. Cinta hanya dapat menjamin 30% daripada kejayaan sesebuah perkahwinan. Tanpa cinta, jika pasangan dapat memenuhi 70% tersebut perkahwinan tersebut kemungkinan besar masih akan berjaya. Kerana dengan adanya 70% tersebut, cinta akan berputik dan lama kelamaan, cinta akan bertambah, seterusnya menyumbang kepada 30% kejayaan, maka perkahwinan tersebut adalah berjaya 100%.

Namun begitu jika berkahwin hanya kerana cinta tanpa sokongan 70% dari perkara lain, ada kemungkinan besar perkahwinan akan gagal. Maka apakah 70% tersebut?

A) Si suami mampu memberikan perkara berikut kepada si isteri:
- tempat tinggal
- pakaian asas
- makan
- nafkah batin

B) Sekufu atau sama. tidak semestinya sama taraf tetapi yang paling penting ialah bagaimana pemikiran si suami dan si isteri. bolehkah mereka berkomunikasi? kadang-kadang walaupun bercakap dalam bahasa yang berlainan, pasangan tersebut masih dapat berkomunikasi kerana taraf pemikiran adalah sama. Kufu' tidak seharusnya dilihat dari segi pelajaran, pekerjaan, kekayaan atau pun keturunan sahaja. Tetapi mungkin meliputi dari segi ketakwaan kepada Allah, agama, keturunan, akhlak, amalan dan sebagainya.

C) Seharusnya pasangan tersebut bersemuka, yakni melihat muka bakal isteri atau suami. Kerana cinta datang dari mata jatuh ke hati. Kerana jika melihat muka pasangan pun sudah tidak berkenan, bagaimanakah mereka akan hidup bersama? Mungkin pasangan tersbut pernah jatuh cinta kerana hanya berbual, dengan mendengar suara masing masing ataupun secara maya yakni berbalas balas tulisan melalui perantaraan jaringan. Tetapi apabila bersemuka, mungkinkah perasaan cinta tersebut akan lenyap serta merta?

Tiada formula sebenar tentang kejayaan psesebuah perkahwinan.

Hanya Allah mengetahuinya.