Friday, December 19, 2008

Aku dan Jalaluddin Hassan

Aku tak sangka yang rumah aku dekat saje dengan rumah dato' jalaluddin hassan. pagi tadi aku berlari-larian aku nampak la kertas notis A4 menunjukkan perkahwinan Nurul Halina Dato' Jalaluddin dengan Fadil Hj Zainal ke arah kanan. aku masuk la kanan nak jengok-jengok, iye la takkan ada satu jer kot Dato' Jalaluddin kat KL ni. Nama jalaluddin tu pon bukan nama unik sangat. Apatah lagi yang mendapat gelaran dato'. ramai jer yang ber-dato' atau pun ber-datuk. 

tapi walaupun aku tak nampak notis tu, aku tetap akan menuju ke arah rumah tersebut, iyelah dah memang laluan larian aku ke arah kanan. tempat larian aku pon bukannya besar sangat, takkan la aku nak pusing jauh2 sebelum balik ke rumah sendiri. dibuatnya hujan tatkala berlari tak derla susah sangat nak kembali. apapun memang betullah itu rumahnya jalaluddin hasssan pelakon terkenal kat malaysia, sebabnya ada terpampang poster dia mengiklan kan beras basmathi di kanopi2 yang dipasang kan kat rumah dia. tapi aku masih skeptical, aku memang susah percaya cakap2 orang ni kalau takder alasan yang kukuh. jadi aku pon google la nama nurul halina, barulah sah dan sahih dia memang anak pelakon terkenal yang aku jangkakan.

tapi aku kalau orang tak jemput, takkan aku nak datang. tapi kalau orang jemput insha Allah aku akan datang. aku bukannya muka tembok nak datang alah setakat makan free. lainla dia tulis kat kertas notis tu, semua dijemput hadir. bolehla aku datang. ni tidak, takde pon apa2 jemputan. walaupun begitu, aku sudah pon mempunyai satu jemputan nun jauh di rawang. aku memang nak pegi, jadi langkah pertama adalah mandi..

Saturday, December 13, 2008

Aku

membahasakan diriku sebagai aku lebih mesra bunyinya tatkala bergaul dengan orang lain. aku seringkali menukar-nukar cara membahasakan diriku. dengan orang yang ku rasa terlalu berbeza dari segi umur, yakni lebih tua, aku selalu membahasakan diriku saya. saya berbunyi lebih hormat, lebih sopan tetapi ada jarak antara saya dan orang yang dibahasakan. saya seakan-akan membina satu ruang yang cukup  besar untuk tidak terlalu mesra. namun terasa kekok benar bila ber-aku-aku dengan orang yang tua bagiku. biarlah ada jarak kerana rasa hormat dengan ber-saya.

dengan keluargaku, aku lebih selesa dengan membahasakan diriku abang, sebabnya aku yang paling tua dan sejak azali aku telah dipanggil abang oleh kedua ibubapaku. lalu abang melekat sampai bila-bila.