Thursday, January 8, 2009

Hampir accident

Syukur alhamdulillah hari ni aku terlepas lagi dalam satu kejadian kemalangan. sedang aku bawak kereta secara gila gila, aku buat la pusing baring di suatu selekoh yang nampaknya seperti jalan yang kosong. tetiba adasebuah motor menuju ke arah ku dari arah bertentangan, nasib baik dia pon pusing baring ke arah lain iaitu simpang yang aku keluar. fuuhh. aku mengucap. nasib baik dia belok, kalau tak mungkin mat motor tuh dah arwah. yerla sapa tak arwah kalau dua2 bawak laju dan si mat motor plak langgar kereta kebal aku.

tapi itu memang satu pengajaran. aku tak nak belok semberono lagi. harus berhenti dan tengok kiri kanan dulu. kalau kereta aku tak berhenti maksudnya tidak sah. tak kira la berapa nak cepat aku ni, aku harus berhenti di selekoh, simpang dan kemudian barulah melintas dengan penuh hati hati.

Friday, January 2, 2009

duit itu enak ya

duit bukan segalanya, tapi tanpa duit, banyak yang tak dapat dibuat. duit bila sikit kita sayang, tapi bila dapat banyak, kita rasa lebih lebih sayang. itu sebabnya ada dugaan bila mempunyai duit yang banyak. aku teringat kisah harun yang terlalu sayangkan hartanya sehingga suatu hari dia tenggelam di dalam tanah bersama kesemua hartanya.

bila duit beertamabah tidak emestinya kita hidup lebih senang dan terurus. iya, pada mulanya memang iya. dari tidak mempunyai apa2, dengan duit kita beli sikit2 untuk menyenangkan kehidupan. contohnya mesin basuh, kalau nak basuh baju tiap minggu guna tangan memangla tak larat, tapi aku teringat dulu masa mula2 keje memang la sesak, nak beli mesin basuh pon tak mampu, nak hutang segan, sebab aku lebih rela hidup tanpa hutang. jika hutang ni kita rasa terikat. jadi memang la ada dalam dua tiga bulan gak aku basuh baju guna tangan. serik gak doh, sebab memenatkan, tapi baju bukannya bersih pon, bila nak gosok kuat2 mulalah baju tu tercariklah, koyaklah, adoiila. jadi aku kumpul la duit untuk beli mesin basuh.

semua tu dah sejarah, bila keje dah lama sikit barula merasa dapat simpan sikit, ada lebih duit untuk bagi adik, mak ayah. dapat puaskan sikit nafsu nak beli bende2 baru untuk diri. tapi belanja biarlah berpada dan akhir bulan biarlah ada simpanan.

sebenarnya bila duit gaji makin banayka aku tak rasa kita akan mempunyai kehidupan yang senang dalam erti kata duit itu tak terikat. bila duit gaji dah banyak, adalah pulak nak beli kereta yang lebih besar, lebih mahal, tapi tak logikla orang nak beli kereta secara tunai. dulu bila gaji kecil, kereta kecil, jadi hutangnya pun kecil. tapi bila gaji besar, nak merasa kereta besar, maka hutangnya pon besar, tiap bulan kene bayar banyak. jadinya macam bila gaji tu bertambah, duit dalam tangan tak jugak bertambah.

bila duit makin ada, mulalah nak beli rumah besar, selagi mana bank kasi pinjam, makin tinggi lah jumlahnya nak dipinjam, semata-mata nak rumah besar. makanya tiap bulan pon bayar nya pon mahal.

begitulah hidup bergaji nih. dia punya pecahan adakalanya sama saje. seperti ada tertera, yang duit untuk kereta, rumah dan makan tuh pecahan dia masih sama. tidak pulak bila banayak duit tuh simpanan makin banyak. mungkin dapat simpan sikit la, tapi sebabkan hutang demi menampung nikmat hidup didunia, awal bulan bayar hutang. tengah bulan dah songkek.

cara yang mungkin adalah bagus bila bekerja ni, bila naik gaji kita anggap jer gaji tak pernah naik. duit extra sbb gaji ada naik kita simpan satu tempat, mungkin kat fixed account yg agak sukar bila nak keluarkan dut. jadinya, perbelanjaan masih sama macam tak de dpt apa2 kenaikan gaji. tapi simpanan ppunya pecahan makin besar sebab yang lain constant. duit lebih boleh simpan untuk menjamin masa hadapan.

bila ada duit lebih, ingat lah pada sedekah. bila memberi, duit kita berkat. inshaAlllah Allah akan beri lebih rezeki sebab kita tidak lokek dengan rezeki kita. bila ramai yang berkongsi rezeki, harap2 nya bilangan orang miskin ni akan kurangla. jangan kerna seronok dek meminta sedekah, ada peminta sedekah yg menjadikan iakerja tetap. sebab org lebih ringan hatinya untuk bersedekah dek disebabkan rezeki masing2 dah bertambah, lambat laun, peminta sedekah pon boleh kaya dengan hanya meminta sedekah!

aku secara jujur agak skeptikal terhadap orang2 yang meminta2 di tepi2 jalan. aku lebih senang hati memasukkan duit dalam tabung yang nampak lebih professional dan dituliskan apa tujuan tabung itu.