Tuesday, March 22, 2011

Apabila ketiga-tiganya tidak melayan

Hari terasa sikit kemurungan di benak hati apabila ketiga-tiga gadis pujaan hatiku tidak dapat meluangkan masa untuk melayan kerenah lubuk hati yang melara. Nampaknya Joan dan Adra sedang sibuk dengan kelas masing-masing, iyelah aku rasa aku paham, sekarang nih musim peperiksaan, tentunya pemikiran mereka kusut dengan fakta-fakta dan mungkin juga kertas-kertas yang harus disiapkan sebelum garisan masa penamat. Apa pula halnya dengan Marcell? Mungkinkah dia mengalami konfusi dibenak pemikiran, tidak tahu apa yang harus dibuat, didalam kegelisahan kerana terlalu banyak berfikir. Kepada gadis-gadis, janganlah berfikir terlalu mendalam, nanti cepat tua! Lelaki mudah bosan, mungkin itu yang mereka selalu perasan, maka tidak boleh memberi sangat muka. Biarlah si lelaki terkinja-kinja cuba mengejar dan mengatur strategi untuk menawan perasaan dan hati kaum hawa. Kaum hawa tentu perasan jika dia langsung tidak melayan, sang serangga akan lari sahaja. Seharusnya, ianya sama sahaja seperti menangkap ikan, jika menarik tali terlalu kuat, tali mungkin akan putus dan ikan akan terlepas. Tetapi jika tidak menarik langsung, tali akan menjadi terlalu renggang sehingga sang ikan dapat meloloskan diri dari mata kail dan seterusnya lari meninggalkan tali pancing. Ianya seperti menarik benang dalam tepung, penuh berhati-hati, tali biar tak putus tapi tepung tidak berselerak.

Friday, March 11, 2011

Marakesh twelve

the twelve series of marakesh hero coming down to earth in order to defy all humanities despite impossible dimension to fight for. it is dumb waiting. it is sick hating. the way to go is to live at the moment. keep to heart where it stands. ask God.

tolong, tak mahu perihal kisah romantik di opis

melihat kepada keadaan yang agak merumitkan disamping ada kekeliruan tentang status dan ketika tentang aku dan beberapa gadis yang masih tidak berpunya membuatkan keadaan menjadi sedikit kalang kabut tatkala beberapa ingin mencuba yang satu. adalah menjadi suatu yang merunsingkan apabila ianya menjadi beban dan renungan tentang perihal dan perilaku aku terhadap beberapa gadis seakan-akan berlumba-lumba untuk menarik perhatian sang kumbang yang meliar di kalangan pohon pohon debunga. oleh itu aku lebih selesa bergaul dan bergurau dengan bunga yang yang ketahu sudah berpunya, yang sudah berkahwin dan tidak mungkin akan menaruh harapan kepada aku. aku berasa canggung untuk bersua atau berdua dengan teman teman yang mungkin mempunyai potensi.

Saturday, March 5, 2011

Kimia MBA

tanpa kusedari, pengajian master aku telah sedikit sebanyak mempengaruhi dalam kehidupan cinta ku. ianya telah mempengaruhi aku dari segi kewangan dan masa. jika difikirkan, tidak berbaloi aku cuba bercintan cintun semasa aku sibuk dengan pengajian MBA. dicongak-congak, aku perlu menggagahi lagi tiga semester untuk menghabiskan MBA aku. aku bercadang untuk mengambil tiga kelas semester depan, tiga kelas lagi pada semester lagi satu dan penghabisannya dengan semester terakhir dengan mengambil dua kelas. mungkin hanya pada semester terakhir barulah aku berfikir tentang cinta dan kahwin. rupa-rupanya aku memang belum sedia untuk perkahwinan dalam masa satu tahun ini. maka tahun 2011 ini aku tidak akan mencari cinta. tahun 2012 barulah bermula pencarian yang penuh bermakna. pada masa itu aku dijangka habis pengajian MBA aku pada april 2012, kahwin bulan enam 2012. maka anak sulong aku boleh dijangka lahir pada april 2013 pada masa itu umur aku 29. eh tapi masih terlalu awal ke? seharusnya anakku lahir pada masa umur ku 30 tahun, maka apabila umurnya 1 tahun aku adalah 31 tahun dan seterusnya. tapi takpe, apapun pencarian boleh bermula selepas bulan november 2011. biarlah sekarang hingga november tahun ini aku fokus kepada kerja, pangajian aku dan juga perkembangan sahsiah diri.

satu faktor lagi yang merencatkan permainan pencarian cintaku ialah cinta kimia aku dengan NJZ. aku rasa bersalah untuk berkenalan dengan gadis2 lain ataupun mencari cinta kerana aku kasih dan sayang kepada NJZ. seperti lagu kimia oleh imelda ahmad, aku teringat pada kali pertama aku memandang NJZ dan juga pada pandangan2 seterusnya, aku terasa cetusan kimia antara dia dan aku. aku teringat pada malam2 aku menelefon dia, dia acapkali mengatakan bahawa dia sedang berfikir tentang ku. begitu juga sebaliknya apabila dia menelefon aku, aku terasa dan berfikiran tentang mahu menelefon dia, walaupun aku tidak pernah mengaku tentang ini kepada dia. tetapi aku dan dia terlalu berhati dalam menjalinkan persahabatan ini. tambahan pula dia harus pergi jauh dari diriku untuk melanjutkan pelajaran dia. aku berserah, jika ada jodoh aku percaya ianya takkan ke mana. aku tidak mahu dia terikat dengan aku apabila dia sedang jauh di sana. aku bukan tidak percaya dia, tetapi aku tidak percaya aku. tanpanya disisi aku tentu sekali tergugat apabila melihat gadis2 lain yang teruja ingin menggodaku dengan jelingan manja mereka.

aku memang mahu sentiasa menelefonnya dari sini, tetapi disebabkan zon masa yang berbeza, selalunya sukar untuk menetapkan suatu masa yang sesuai. ketika aku bangun dia sedang tidur dan semasa dia tidur aku sedang bangun. bila hujung minggu masing2 mempunyai perkara lain untuk dibuat. aku tidak mahu menetapkan suatu jadual agar tidak membebankan dia dan merimaskan kedua-dua pihak. biarlah perutusan emel sekali sekala mengubat rindu antara aku dan dia. namun aku percaya hati dan akal kami sentiasa berhubung. walaupun jauh secara fizikal tetapi secara batinnya mungkin tidak.

adakah perasaan ini seolah-olah bertepuk tangan. adakah aku seorang sahaja yang kasih dan sayang terhadap dia. aku takkan marah ataupun dendam dengan apa yang dia telah, sedang dan bakal lakukan. aku faham. aku akan biarkan masa menentukan. dan masa itu ialah sehingga bulan november. adakah perasaan kasih ini bertambah ataupun berkurang dengan kekangan kekangan yang sedia ada dan akan ada.