Tuesday, February 3, 2009

Ucapan Kesyukuran

Hari ni aku ingin melahirkan rasa kesyukuran kerana Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Aku bersyukur kerana kerajaan Selangor melalui KDEB telah memsponsor air sebanyak 20meterpadu. Telah beberapa kali aku tidak perlu membayar apa apa kepada syabas. Sangat gembira rasanya apabila menerima bil air air yang berjumlah RM 0. Macam dalam iklan DiGi, semua orang sukakan percuma.

Tambahan pula, bila ada jer lobang-lobang di jalan, dalam beberapa hari dah OK dah. Logikanya sangat mudah, pembangkang kini adalah YB Khir Toyo, bila ada benda dia tak puas hati, mulalah dia keluar televisyen menghentam kerajaan selangor. Maka gelabah la orang2 yang berkenaan dan lantas memperbetulkan apa yang tak betul. Oleh itu adakalanya terasa lebih bagus Selangor diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Tidak lupa, aku juga bersyukur pada Allah atas kehidupan yang sempurna. Ada makan, ada baju, ada kerja, ada gaji, ada kereta, ada tempat berteduh, ada teman, ada gembira, ada suka, ada duka, ada cabaran, ada pengajaran, ada cikgu, ada kawan, ada lawan, dan paling penting ada agama, justeru macam macam ada dalam kehidupan ini yang membuatkan aku bersyukur kepada Allah atas kehidupan yang sempurna.

Oleh itu, aku ingin membuat dua resolusi untuk tahun 2009 yang harus dilakukan untuk menjamin kemaslahatan diri iaitu:

1) untuk meluangkan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari untuk melakukan aktiviti aktiviti fizikal yang boleh melajukan degupan jantung sambil mengeluarkan peluh badan

2) mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan tempat disebuah institusi pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sarjana pengurusan bisnes (MBA)

cukuplah dua sahaja resolusi yang sangat realistik. agar ianya tercapai. amin.