Tuesday, December 18, 2012

Aku dah ponat

Di saat ini dengan keletihan disebabkan tidur tak lena memikirkan perihal EY. Semenjak dia berhenti kerja lebih 2 minggu lepas semakin rapat dengan kembarnya, dia sudah tidak semesra dahulu, phone x angkat, x call balik, hantar message pon guna whatsapp je. Aku rasa aku x cukup kaya utk menampung beliau. Secara jujurnya pada saat ini, aku sudah letih dengan dia. Aku malas dengan dia. Kalau dia x reply message i miss u aku, aku dgn relanya akan melepaskan dia pergi dan cuba utk mendapatkan MA yg aku x berapa layan satu masa dahulu.

Wednesday, December 5, 2012

diam tanda setuju ke?

A- u ingat tak masa u cakap u dah ready untuk kahwin?
E- eh mana da? i marapek je kot
A- ala hari tu masa kat bv u cakap sepupu u pun dah kawen... tetiba u cakap u dah ready nak kahwen tapi belom ready nak ada anak
E- u xleh percaya sangat i cakap tu... 20% je betul
A- so u x suka ada anak ke?
E- bukan i x suka, tapi kene plan la betul2. kalau dah ada anak nanti confirm i dah xde life
A- emm
E- nape u tetiba tanya?
A- saje, soalan cepu emas.
E- tu bukan soalan cepu mas..
A- sebab i nak kawen dengan u
E diam, tersenyum
A- sebab i dah ready nak kawen. i x suka couple2 ni.. x bebas. xleh pegang2
E- betul.. ni baru soalan cepumas!

Tuesday, November 20, 2012

Drama melayu merosakkan melayu

Adoi la adoi la. Harapkan pagar, pagar makan padi.
Harapkan drama melayu mengajar erti peradaban ketimuran
tetapi peradaban barat yang diagungkan
bukan muhrim berpegangan
berpelukan
adoi
nanti yang menonton ingin saja terikut-ikut
yang menonton biasanya pemuda pemudi
anak bangsa
aduh
mereka akan terasa adakah aku kolot?
adakah aku kolot jika tidak berperilaku kebaratan?
seperti yang diagungkan di television
tidak perlu menonton drama barat, US mahupun telenovela
drama melayu pon dah dahsyat
harap tidak ada la lagi adegan cium-ciuman
kalau tak memang rosak
anak bangsa
anak yang menonton bersama ibubapa abang kakak
aduh

Saturday, June 23, 2012

Drama Melayu Bukan Drama Islam

Yang belakon semuanya Islam tetapi berpegangan, berpelukan walaupun bukan muhrim. Dalam lakonan mahupun di luar lakonan, lelaki dan perempuan digambarkan terlalu bebas, walaupun bukan suami isteri dalam cerita tersebut tetapi hanyalah bercinta ataupun sudah bertunang. Tetapi yang enteng adalah mereka belum berkahwin. Adakah drama-drama Melayu yang menjadi tontonan sekeluarga menggalakkan perlakuan haram tersebut dikalangan penonton yang biasanya adalah remaja mahupun budak-budak. Jikalau drama Melayu pun tidak menitik beratkan hukum hakam agama dalam jalan ceritanya, lebih baik menonton cerita bukan Melayu yang mempunyai kualiti dan jalan cerita yang lebih menarik.

Friday, May 4, 2012

Ironinya iman dan amal

Kadang-kadang hatiku terdetik.
Kenapa seseorang itu suka berdakwah berkenaan agama tetapi tup-tup dia melakukan juga apa yang terlarang oleh agama?
Pelik dan hairan. Dia menunaikan solat berjemaah, mengajak rakan mendengar ceramah agama tetapi dia berkata nista dan berlawak lucah. Kadang-kadang kita lebih bangga menunjuk-nunjuk perlakuan jahat, dusta dan sedikit luar tabii tetapi malu untuk berlaku sopan atau membetulkan apa yang salah. Rasa bersalah untuk mengajak kebaikan? Rasa segan mengajak orang bersolat ketika mereka sedang leka berbual. Tambahan pula berbual pasal agama dan ketuhanan. Ironinya hidup ini. Antara iman dan amal.

Saturday, January 28, 2012

1 - Bersyukur dan berfikir tentang diri

Sekali-sekala aku akan duduk bersendirian memikirkan tentang apa yang aku ada dan apa yang telah terjadi. Walau dengan banyak kekurangan yang kerap mengganggu pemikiranku, tetapi apabila difikirkan dengan teliti, aku telah dikurniakan pelbagai rahmat, terlalu banyak jika dibandingkan dengan kekurangan yang ada.

Aku dilahirkan cukup sifat. Mempunyai mata untuk melihat, mulut untuk bercakap, telinga untuk mendengar dan kakitangan untuk bergerak dan membuat kerja. Walaupun mataku sedikit kabur apabila tidak memakai cermin mata, aku masih boleh melihat. Boleh melihat alam dan kecantikan dunia. Aku harus bersyukur. Jikalau tidak, tentu sekali aku tidak dapat menaip untuk wacana ini.

Aku sedar aku tidaklah sekacak mana, badan tidak segagah badang, perut sedikit buncit tetapi aku lebih baik dari mereke-mereka yang mempunyai cacat dan cela. Seburuk-buruk apa yang aku fikirkan tentang diriku, ada banyak lagi yang lebih buruk dari aku. Tidak dinafikan ada banyak yang lebih baik dariku, itu adalah mereka, mungkin mereka lebih pada sesuatu dan kurang pada sesuatu. Aku tidak harus mencemburui mereka walhal membenci mereka kerana kelebihan mereka. Aku hanya patut berasa senang dengan ciptaan tuhan yang maha cantik dan pelbagai.

Aku masih sendiri tanpa mempunyai teman istimewa. Umurku kini yang telah mencecah 28 tahun mengundang pelbagai pertanyaan dan cadangan untukku berkenalan dengan pelbagai gadis. Namun aku mempunyai kekasih yang Maha agung iaitu Allah, Dia yang mendengar segala rintihanku tanpa jemu dan memberi ketenangan apabila aku memanggilNya. Dia Maha pemaaf dan sentiasa memberi rahmatnya walaupun aku sentiasa melakukan dosa-dosa terhadapNya. Aku juga mempunyai ahli keluarga yang harmoni dan menyayangi aku tanpa syarat. Sentiasa bertanyakan khabarku dan ingin selalu berkongsi pengalaman hidup bersamaku. Tetapi adakalanya aku memilih untuk merahsiakan beberapa perkara dari keluargaku. Aku sedar, sayang mereka terhadap aku tidak akan luntur demi masa.

Aku bersyukur mempunyai keluarga, kenalan dan sahabat handai yang sentiasa ingin melayan karenahku. Mendengar percakapan aku walaupun adakalanya aku menyakitkan hati ataupun mengarut. Kawan untuk bergurau senda walaupun mungkin aku ada mengguris hati mereka.

Mungkin aku tidak terlalu kaya dimataku tetapi aku lebih kaya berbanding mereka yang hidup bergelandangan. Pandanganku, persepsiku selalu sahaja menyatakan apa yang tidak cukup tetapi jarang untuk sedar dengan limpahan kurnia dan rezeki yang telahku nikmati. Adaklanya aku ditimpakan dengan musibah agar merasa kepayahan hidup did dunia. Baru sedikit takkan aku harus bersedih selamanya. Setiap kejadia itu sesungguhnya mempunyai pengajarannya yang tersendiri. Setiap makhluk yang ketemui adalah guruku dalam memnempuh alam yang fana ini. Aku harus bersabar dan menerima kekurangan dan kelebihan makhluk lain.

Bagiku, tiada yang sempurna. Setiap yang kelihatan sempurna pada mataku mungkin mempunyai seribu satu masalah yang tidak disedari olehku. Hanya Allah yang Maha mengetahui. Dia lah yang maha Adil.

Tidak guna bersedih tentang apa yang aku tidak ada, sebaliknya bergembiralah dengan apa yang aku ada.

0 - La Tahzan

La Tahzan bermaksud jangan bersedih. Sebuah penulisan menarik oleh tokoh terkenal Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni. InshaAllah penulisanku di sini, bermula hari ini dan hari-hari seterusnya akan menyentuh secara peribadi topik-topik yang telah ditulis oleh beliau. Tujuan perungkaian topik-topik diharap akan memberikan aku suatu keinsafan tentang hidup dan perjalanan singkatku di dunia yang fana ini. InshaAllah akan juga menjadi pendoman oleh pembaca lain yang mengunjungi laman ini.