Friday, January 21, 2011

Aku cinta terhadap cinta-cintaku

Ingatkah apabila kecil kita menyayikan lagu sayang sayang. berbunyi sperti berikut:

satu satu sayang kepada Allah
dua dua sayang kepada rasul
... ..

apabila cinta, tiada apa yang nampak cacat atau salah.

aku cinta kepada Allah. bagiku Allah yang satu, yang Maha berkuasa terhadap apa sahaja. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, meminta kepadanya. Jika tidak dapat atau terjadi suatu kemalangan/ketidaksenangan, aku tidak akan merasa marah kepada Allah. Aku percaya terdapat hhikmah dalam sesuatu yang berlaku, apa sahaja! Ia adalah ujian dari yang Maha esa. Kerna aku cinta kepadaNya.

Cinta ku terhadap NJZ mungkin sedang mula berputik. Aku seolah-olah memahami apa sahaja yang dia lakukan, biarpun kadang2 kelihatan seperti melukakan hatiku, tetapi aku senantiasa membantu mencari alasan untuk dia. seolah-olah aku cuba melindungi dia daripada caci maki oleh diriku? apakah apabila setiap perbuatan dia aku nampak seperti mempunyai sebab yang baik maka aku mula menyayangi dia?

aku telah menghantar nota kepadanya. dia kelihatan suka dan cuba menelepon aku. sayangnya talian tidak jelas.

Monday, January 17, 2011

2011 - ke hadapan.

Baru 17 hari dilewati tahun ini, belum terlambat langsung untuk menyatakan azam tahun 2011. apa yang aku mahu untuk tahun ini hanyalah satu iaitu untuk menghabiskan MBA ku ini. Makin dileret-leretkan, makin bosan rasanya. Tidak mencabar rasanya hanya mengambil satu atau dua kelas sahaja. Maka untuk sem depan aku akan gagahkan diri untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 kelas, paling baik ialah mengambil 4 kelas sekaligus. barulah aku dapat menghabiskan MBA aku tahun ini. apakah sem depan aku akan makan tido di UIA sepanjang-panjang masa. baguslah rasanya. dunia ini harus diuji. tiada cabaran yang terlalu hebat.

Cinta? Cinta tidak boleh dicari tetapi akan terjatuh. Itulah sebabnya orang kata jatuh cinta. Kalau cari cinta, cinta itu hanyalah paksaan. Zaman ini, cinta paksaan tidak akan bertahan lama.

Perempuan lambat sikit nak jatuh cinta. Kalau terlalu cepat, maksudnya dia memaksa cinta. Lelaki pula mudah jatuh cinta, tetapi jika cinta tersebut mudah sangat dipegang maka dia akan mudah berasa bosan. Dari situlah sang wanita dengan secara separa sedar akan cuba jual mahal. Jika lelaki itu benar-benar ikhlas dia akan tidak berputus asa. Tetapi terus berusaha. Jika lelaki itu cepat berputus asa itu namanya bukan cinta tetapi syok sekejap ataupun cinta monyet - dalam bahasa Inggeris, fenomena inni dinamakan "crush". Kalau cinta monyet bertahan lebih dari tiga bulan, ada harapan lelaki tersebut benar-benar cinta.

apa bezanya antara suka, cinta dan sayang? suka hanyalah untuk sementara waktu, waktu tersebut, tetapi mungkin bukan pada waktu yang lain. Saya mungkin suka durian, untuk waktu tersebut, bukan sepanjang masa. Hari ni saya suka durian tetapi esok saya tak nak durian, mungkin lusa juga saya tak nak makan durian. Suatu hari tu saya rasa nak makan durian. Saya tetap suka durian walaupun saya rasa tak nak makan durian. Waktu tuh orang kata eh, aku ingat kau suka durian, tapi kau bilang ah hari ni aku tak suka lah.

Cinta lebih panjang masanya. Kalau cinta, kau suka benda tu tak kesah bila-bila masa, apa-apa pun berlaku. masa dah jatuh cinta, yang buruk pun nampak indah. tapi bila time suka jer, kau selalu mencari silap dan cacat cela. sengaja cari supaya bila jumpa ada alasan untuk tidak suka. tapi kalau dah suka, ,yang paling buruk pun tentang dia kau akan nampak cantik dan kau masih suka. maka ertinya cinta itu datang selepas suka sepenuhnya.

sayang datangnya selepas cinta berputik. apabila sayang kau ingin mengambil berat tentang dia. selalu ingin mengetahui apa khabarnya. selalu ingin melihat dia gembira. tetapi kau jua selalu berhati-hati agar tidak sampai menjadi gangguan kepadanya. kau tak nak kelihatan seperti menyibuk sehingga dia menjadi rimas. apa yang kau mahu adalah mengetahui dia sihat dan ok. sayang kadang2 disalah tafsirkan sebagai gangguan. jika selalu sangat bertanya khabar si dia mungkin naik rimas. sebab bagaimana ingin menjawab apa khabar setiap hari? maka biarlah berpada apabila menunjukkan sayang. setakat belum bertunang ataupun berkahwin, si dia tidak mengharap-harap kan yang lebih lebih, cukup lah secara ala kadar.

lelaki selalu bingung apa cuba membezakan antara perasaan suka dan cinta. kadang-kadang baru berjumpa terus cinta, mana mungkin?!! dia perlu hadirkan suka dahulu sebelum cinta. berkenalan lah dahulu, apabila rasa tiada apa yang tidak disukai lagi, maka cinta itu telah hadir. selagi ada rasa benda yang tidak disukai maka cinta itu belum betul betul ada. mungkin hanyalah cinta monyet.

tunggu, biarlah masa menentukan. oleh itu, jangan cepat bila ingin berkata aku cinta padamu. katakan suka dahulu.

ye saya suka awak. saya suka keluar dengan awak. saya suka bercakapa dengan awak.

fikirlah dalam2 sebelum mengatakan aku cinta akan kamu. sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bertemu untuk temujanji yang pertama.