Wednesday, December 30, 2009

apa laki biasa lihat/cari pada wanita?

aku, kita emua suka pada yg cantik, yg lawa dan yang sedap dipandang. yg mana bila dilihat sesuatu yg cantik itu hati merassa senang dan gembira. tidak duka dan takut. adalah suatu bende yg mana cantik dilihat tapi sgt takut rasanya, rasa duka dan nestapa, itu biasanya dijauhi. aku petik dari sebuah website lain [http://baitulmuslim.com/index.php/component/content/article/1-risalah/57-ciri-ciri-yang-dikehendaki-daripada-pasangan.html]

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

betul. yg pertama yg dilihat adalah rupa. rupa muka dan badan. kemudian baru dilihat dgn lebih teliti. adakah perangainya juga cantik? bagaimanakah cara percakapannya? dan gaya2nya juga cantik?

cantik pada setiap individu adalah berbeza. jika sorang kata cantik, tak semua akan kata cantik. begitulah sebaliknya, jika sorang kata hodoh, tak bererti tiada yang menganggap ianya cantik. begitulah ajaibnya. setiap insan dimuka bumi ini adalah berbeza. berbeza dari rupa, tingkah laku serta perasaannya.

ada yang tidak dapat melihat. tetapi dapat mengetahui kecantikkan diri org lain. melalui percakapannya, ataupun sifat yang lain. dinilai menggunakan pancaindera yang lain.

anehkan. kita semua berbeza. walau kembar seiras, tidak mungkin akan berfikiran sama sepanjang masa. itulah sebab kita harus keluar dari kepompong ini. melihat dunia luar.

berkenalan antara satu sama lain. belajar dari sata sama lain. maka ini lah azam ku untuk dekad yg akan tiba sebentar sahaja lagi. yakni untuk lebih terbuka. mengenali lebih ramai orang. belajar dari org lain dan menimba lebih byk pengetahuan supaya akhirnya aku akan paham bagaaimana melalui perbezaan ini kita semua dapat berkawan.

Monday, December 28, 2009

Why am i single? why?

aku selalu benar dgr soalan ni. tp biasa la org dijadikan utk belajar.
belajar maksudnya mempunyai perasaan ingin tahu atau curiosity. Kalau x nak tahu, maksudnya xnak blajar. so, aku ok jer, org tnya soalan camni, terus terang aku kata, "memang single, so? saja je aku pilih nak single, for the time being"

org kata, berkasih biar satu, berkawan biar seribu.

aku setuju benarla, apart from my family members, sedara mara, aku belum berkasih lagi. kawan ramai tapi kasih adalah sifar.

sebab? aku mahu bila berkasih tuh, aku benar2 berkasih. bukanlah bermain main atau sesaja for fun. berkasih ni bagi aku biarlah terus berkawin. bukan sesaja test water. kalau kawan memang kita tgh test water. tapi bila berkasih maksudnya, i am taking the next big step

org kata, kalau tak kenal, maka tak cinta. betul lah. aku kenal sebagai kawan, belum ada yang dapat kucintai lagi.

kau ni terlalu memilih ke? maybe, ntahlah. sebenarnya kahwin atau berkasih macam beli barang. lagi mahal barang tuh, lagi payah nak pilih. cuba bezakan antara beli kereta dan beli pen, beli pen sambar jer, sekejap jer pon ok. tapi bila nak beli kereta macam2 fikir, maklumlah kereta ni mahal. tanya org ni, tanya org tuh, tgk internet, buat research lah. x senang beli kereta. sama juga masa nak beli rumah, lagi payah nak buat keputusan, rumah lagi mahal dari kereta, maka makin lama research nyer. lagi mendalam fikirnya. kalau boleh nak beli rumah tuh yg betul2 bagus, xnak cincai2 jer.

kahwin atau berkasih tak ternilai. priceless. berkali2 ganda mahal dari beli apa2. lagi payah beb nak buat keputusan. tapi bila hati dah terdetik, aku akan tahu dialah satu2nya. tapi bab tuh belum sampai lagi. mungkin tahun depan: 2010. lagi beberapa hari jer lagi.

kenapa tahun depan? aku mengaku yg tahun2 sebelum ni termasuk tahun ni, aku punya hati aku memang ada letak mangga, maka susahlah terdetik. tapi tahun depan aku dah buka mangganya. biar terbuka luas pintu hati ini. makanya aku akan jadi lebih senang untuk menerima seseorang menjadi kasih ku. tapi, proses2 diatas masih valid. aku x akan semberono menyukai atau jatuh cinta.

jadi apa prosesnya?

dari mata jatuh ke hati, semuanya bermula dengan pandangan. bila mata suka dia akan hantar signal ke otak untuk mengenalinya, lalu otak akan menyuruh badan menjalankan tugas, muncullah kata2 manis dari mulut, mata terus merenung, hormon aktif dikeluarkan, maka aku akan jadi lebih responsif, lebih bersahaja dan peramah. itu adalah proses mengenali. tak semuadah itu terus menjadi kasih. bukan. tetapi bila mengenali, adalah ujian2 diselitkan, bila pass baru ok! antara yang diuji adalah:
  • keserasian : bila aku cakap, ko paham ke? bila ko cakap aku paham ke? bila dua2 paham then ok! bila aku buat joke, dia gelak tak? kalau blur jer memanjang then mungkin kita memang tak serasi. kalau dia boleh buat aku ingin terus bercakap, then serasi.
  • keikhlasan : apa sebenarnya yg dia cari? betulkah dia kawan nih sebab ikhlas? atau ada agenda lain?