Wednesday, December 30, 2009

apa laki biasa lihat/cari pada wanita?

aku, kita emua suka pada yg cantik, yg lawa dan yang sedap dipandang. yg mana bila dilihat sesuatu yg cantik itu hati merassa senang dan gembira. tidak duka dan takut. adalah suatu bende yg mana cantik dilihat tapi sgt takut rasanya, rasa duka dan nestapa, itu biasanya dijauhi. aku petik dari sebuah website lain [http://baitulmuslim.com/index.php/component/content/article/1-risalah/57-ciri-ciri-yang-dikehendaki-daripada-pasangan.html]

Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita idaman yang diperlukan oleh seorang suami, Baginda menjawab, “Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh dan wanita yang tidak mengkhianatinya (tiada curang). “Dan, wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci.” (Riwayat Abu Daud dan Nasaii)

betul. yg pertama yg dilihat adalah rupa. rupa muka dan badan. kemudian baru dilihat dgn lebih teliti. adakah perangainya juga cantik? bagaimanakah cara percakapannya? dan gaya2nya juga cantik?

cantik pada setiap individu adalah berbeza. jika sorang kata cantik, tak semua akan kata cantik. begitulah sebaliknya, jika sorang kata hodoh, tak bererti tiada yang menganggap ianya cantik. begitulah ajaibnya. setiap insan dimuka bumi ini adalah berbeza. berbeza dari rupa, tingkah laku serta perasaannya.

ada yang tidak dapat melihat. tetapi dapat mengetahui kecantikkan diri org lain. melalui percakapannya, ataupun sifat yang lain. dinilai menggunakan pancaindera yang lain.

anehkan. kita semua berbeza. walau kembar seiras, tidak mungkin akan berfikiran sama sepanjang masa. itulah sebab kita harus keluar dari kepompong ini. melihat dunia luar.

berkenalan antara satu sama lain. belajar dari sata sama lain. maka ini lah azam ku untuk dekad yg akan tiba sebentar sahaja lagi. yakni untuk lebih terbuka. mengenali lebih ramai orang. belajar dari org lain dan menimba lebih byk pengetahuan supaya akhirnya aku akan paham bagaaimana melalui perbezaan ini kita semua dapat berkawan.