Sunday, April 12, 2009

Aku terminate Maxis USB Modem dan lalu mengaktifkannya semula selepas tak sampai sebulan

Bulan lepas, selepas setahun menggunakan maxis usb modem, aku rasa macam mahal jer nak bayar rm138 sebulan dengan keadaan internet yang tak laju. lagipon sebab aku baru beli phone 3G yang mempunyai HSDPA, aku rasa biorla aku surf internet kat phone jer, ataupon jadikan phone aku modem bergerak. lagipon dengan menggunakan pakej unlimited data oleh maxis, aku hanya perlu membayar rm99 sebulan untuk data sahaja yg mana jelas lebih murah dari rm138. tapi jelas sekali menggunakan phone sebagai modem untuk surf internet kurang rasa feel-nya sebab phone kena ada berdekatan dengan komputer. oleh itu, jadilah mustahil untuk aku membiarkan komputer memuat turun sesuatu file yg besar sementara aku keluar membeli belah. jadi apabila aku pergi ke pc fair baru baru ini, aku ternmapak satu deal yang lebih menarik daripada maxis: i.e. dengan hanya rm78 sebulan, aku boleh mempunyai sebuah maxis broadband usb modem. wah murahnyer sebab ada rebate RM10 untuk credit card auto debit + rebate RM 30 untuk PC fair dan rebate RM20 untuk maxis bolt on posptpaid customer. makanya RM138-30-20-10= hanya rm78 sebulan! tanpa membuang masa aku pon sign up untuk usb modem tersebut.

sebelum itu niat dihati ingin cuba suatu yang baru. p1max ke, izzi ker, digi ker ataupon celcom. tapi kat pc fair tuh hanya maxis ngan p1max sahaja yg mempunyai booth yg meriah. yg lain lain tuh macam nak tak nak jer promosi. so aku pon tak nak. at first aku pegi booth p1max untuk bertanya-tanya, tetapi ternyata tempat aku nih xde coverage p1max. so pi la kat maxis booth dan register.

Tuesday, April 7, 2009

Aku bengkek dengan Maxis tapi masih Subscribe dan terus membayar seperti diminta

Aku seorang pelanggan maxis yang sangat loyal/setia. Dari sejak aku mengenali telepon aku memang sudah dengan maxis. OK untuk kata benar, memula sekali aku dengan TimeCel, pastu TimeCel dibeli oleh Maxis dan dari haritu aku memang pengguna Maxis yang setia. 

Baru baru ni jer aku menggatal nak bertukar ke Maxis Postpaid. Konon sebab hidup dan makin stabil dan malas dah nak risau pasal top-up top-up nih. Tapi bila pindah maxis postpaid nih macam ada sajer yang tak kena.

Insiden 1: Apa yang aku register tak keluar dalam sistem. Aku dah register untuk include unlimited access to mobile internet @ RM99 sebulan tapi depa tak tau la buat apa. So malam tuh aku guna gila babi la internet. tup tup dah 64 megabyte. alah baru 64MB taklah banyak sangat. tapi depa pegi charge aku 1 sen per 1kb.

OK untuk orang buta IT, 64MB = 64000kb. so depa pegi charge aku RM640 hanya untuk data. hari esoknya depa hantar sms kata suruh bayar dahulu atau pon line tepon aku akan dihentitugas buat sementara. aku check la amount, ada la kena bayar dekat RM700. ceh baru guna sehari dah nak kene bayar RM700. jangan harap la maxis, nak aku bayar konon. so aku ignore, sebab aku yakin ni mesti sistem error. sebab aku dah pilih untuk pakej RM99 unlimited data.  bila dah ignore, esoknya depa pi potong line.

waduh, sangat bengkek. dahla hari ahad. banyak kedai tutup. aku plak ada plan ngan kawan. nak call takboleh. terpaksa aku pinjam tepon adek aku. dan terpaksa la aku dengan hati yang merah kemarahan pergi ke KLCC sebab aku tau situ jer yang tak tutup.

aku komplen la apa lagi. depa kata sorry la encik, encik bayar la dulu sebab sekarang ni bil tak keluar lagi. depa pon tak tau apa yang sistem depa charge kat aku. heh nak aku bayar konon, sapa nak bayar 700. aku terang punya teran dia agree untuk sambung balik line aku. tup tup ok. senang jer nak sambung line aku balik. aku balik tanpa bayar sesen pon. tapi aku suruh dia make sure yg unlimited data pakej tu diactivate.

ok baliknya aku layan lagi la mobile internet aku. tengok unbilled amount ok dah kurang sikit tapi masih banyak: dah dekat RM300. ini aku tau macam mana depa buat buat. untuk data charges depa hanya boleh caj maximum RM250 so yg selebihnya tuh mesti calling and sms cahrges tapi still above the credit limit. selang beberapa ketika aku terima sms lagi suruh aku bayar dulu unbilled amount sebab dah lebih credit limit atau depa nak hentitugas line aku. apalagi, aku dengan bengkek nya ignore lagi.

esoknya depa potong lagi line aku. ah aku malas nak make a fuss about this shitty thingy. so aku pegi maxis centre, bagi kad kredit aku suruh depa cajkan RM300, so it will cover the unbilled amount. biarla kredit kad aku bayar dulu sebab nak komplen pon bil tak keluar lagi. nak based on apa? buang air liur jer aku nak bertekak.

so tunggu jer la bil. bil keluar aku pergi lagi maxis centre. ok depa mudah paham masalah aku. tapi tak dapat nak waive bayaran tu bulan ni. bulan depan punya bil baru keluar. ok aku no hal, sbb aku pon tak perlu bayar kredit kad aku sehingga bulan depan.