Friday, November 26, 2010

Perempuan Idaman

Dari mata jatuh ke hati, begitulah bagaimana cinta pandang pertama terhasil. Pandangan yang indah dari mata akan menyebabkan kekalutan dihati yang membuat sang otak berfikir kenapakah hati ni bergetar. Lalu berkata tentualah wanita ini mempunyai aura yang membuatkan aku terapung di awan langit ketujuh.

Itulah yang pertama sekali bermain dibenak hati. Maka yang paling utama dalam penilaian seorang wanita adalah senyuman dan rupa parasnya yang menawan. Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Apa yang lawa baginya mungkin tidak lawa bagi yang lain. Bagi aku pula yang kucari dalam rupa paras adalah muka yang suci dan bersih, tiada tompokan, halus mulus putih wajahnya. Hidung yang sempurna, sedikit mancung dan tidak besar lubang hidungnya. Muka yang simetri dengan mata yang bersinar seolah olah memancarkan cahaya yang dapat menembus hati ini. Tiada bulu yang tumbuh disekitar wajah dimana tidak sepatutnya seperti misai ataupun janggut. Gigi yang tersusun rapi teratur untuk mengukir sebuah senyuman yang memberahikan dengan lesung pipit yang sipi sipi.

Dari wajah turun ke badannya. Saiz sederhana, tidak terlalu pendek atau terlallu tinggi, tidak terlallu kurus atau terlalu gemuk, mempunyai lentokan badan yang mengulai, beralun seumpama ombak yang begerak. Dia berjalan dengan postur yang betul menunjukkan keyakinan dan keceriaan dalam kehidupan.

Pandangan adalah hanya suatu illusi yang mungkin tidak menggambarkan isi hati seseorang. Maka suatu pertemuan dijalankan kerana jika tidak bertemu, tetapi hanya menggunakan telepon kita tidak akan dapat melihat reaksi sahaja seseorang tersebut. Pertemuan yang dijalankan bertujuan unutk berkata-kata secara bersahaja dan melihat bagaimana aliran perbualan terus menerus tanpa henti yang merisaukan. Jika kami berdua terus berkata-kata, berbuat lawak, bermain kata maka alirannya mengalir dengan pantas menunjukkan cetusan kimia yang tepat. Jika hanya salah seorang sahaja cuba mencari jawapan, ianya hanyalah usaha yang sia sia, maka hentikanlah dan berlalulah dari malapetaka.

Kerana aku adalah seorang yang agak pendiam, terutama sekali dengan orang yang tidak kenali sangat, maka aku suka akan perempuan yang peramah, bubbly, witty and smart.