Sunday, April 12, 2009

Aku terminate Maxis USB Modem dan lalu mengaktifkannya semula selepas tak sampai sebulan

Bulan lepas, selepas setahun menggunakan maxis usb modem, aku rasa macam mahal jer nak bayar rm138 sebulan dengan keadaan internet yang tak laju. lagipon sebab aku baru beli phone 3G yang mempunyai HSDPA, aku rasa biorla aku surf internet kat phone jer, ataupon jadikan phone aku modem bergerak. lagipon dengan menggunakan pakej unlimited data oleh maxis, aku hanya perlu membayar rm99 sebulan untuk data sahaja yg mana jelas lebih murah dari rm138. tapi jelas sekali menggunakan phone sebagai modem untuk surf internet kurang rasa feel-nya sebab phone kena ada berdekatan dengan komputer. oleh itu, jadilah mustahil untuk aku membiarkan komputer memuat turun sesuatu file yg besar sementara aku keluar membeli belah. jadi apabila aku pergi ke pc fair baru baru ini, aku ternmapak satu deal yang lebih menarik daripada maxis: i.e. dengan hanya rm78 sebulan, aku boleh mempunyai sebuah maxis broadband usb modem. wah murahnyer sebab ada rebate RM10 untuk credit card auto debit + rebate RM 30 untuk PC fair dan rebate RM20 untuk maxis bolt on posptpaid customer. makanya RM138-30-20-10= hanya rm78 sebulan! tanpa membuang masa aku pon sign up untuk usb modem tersebut.

sebelum itu niat dihati ingin cuba suatu yang baru. p1max ke, izzi ker, digi ker ataupon celcom. tapi kat pc fair tuh hanya maxis ngan p1max sahaja yg mempunyai booth yg meriah. yg lain lain tuh macam nak tak nak jer promosi. so aku pon tak nak. at first aku pegi booth p1max untuk bertanya-tanya, tetapi ternyata tempat aku nih xde coverage p1max. so pi la kat maxis booth dan register.