Ingatkah apabila kecil kita menyayikan lagu sayang sayang. berbunyi sperti berikut:
satu satu sayang kepada Allah
dua dua sayang kepada rasul
... ..
apabila cinta, tiada apa yang nampak cacat atau salah.
aku cinta kepada Allah. bagiku Allah yang satu, yang Maha berkuasa terhadap apa sahaja. Aku sentiasa berdoa kepada Allah, meminta kepadanya. Jika tidak dapat atau terjadi suatu kemalangan/ketidaksenangan, aku tidak akan merasa marah kepada Allah. Aku percaya terdapat hhikmah dalam sesuatu yang berlaku, apa sahaja! Ia adalah ujian dari yang Maha esa. Kerna aku cinta kepadaNya.
Cinta ku terhadap NJZ mungkin sedang mula berputik. Aku seolah-olah memahami apa sahaja yang dia lakukan, biarpun kadang2 kelihatan seperti melukakan hatiku, tetapi aku senantiasa membantu mencari alasan untuk dia. seolah-olah aku cuba melindungi dia daripada caci maki oleh diriku? apakah apabila setiap perbuatan dia aku nampak seperti mempunyai sebab yang baik maka aku mula menyayangi dia?
aku telah menghantar nota kepadanya. dia kelihatan suka dan cuba menelepon aku. sayangnya talian tidak jelas.
Once bitten, twice shy
8 years ago