tanpa kusedari, pengajian master aku telah sedikit sebanyak mempengaruhi dalam kehidupan cinta ku. ianya telah mempengaruhi aku dari segi kewangan dan masa. jika difikirkan, tidak berbaloi aku cuba bercintan cintun semasa aku sibuk dengan pengajian MBA. dicongak-congak, aku perlu menggagahi lagi tiga semester untuk menghabiskan MBA aku. aku bercadang untuk mengambil tiga kelas semester depan, tiga kelas lagi pada semester lagi satu dan penghabisannya dengan semester terakhir dengan mengambil dua kelas. mungkin hanya pada semester terakhir barulah aku berfikir tentang cinta dan kahwin. rupa-rupanya aku memang belum sedia untuk perkahwinan dalam masa satu tahun ini. maka tahun 2011 ini aku tidak akan mencari cinta. tahun 2012 barulah bermula pencarian yang penuh bermakna. pada masa itu aku dijangka habis pengajian MBA aku pada april 2012, kahwin bulan enam 2012. maka anak sulong aku boleh dijangka lahir pada april 2013 pada masa itu umur aku 29. eh tapi masih terlalu awal ke? seharusnya anakku lahir pada masa umur ku 30 tahun, maka apabila umurnya 1 tahun aku adalah 31 tahun dan seterusnya. tapi takpe, apapun pencarian boleh bermula selepas bulan november 2011. biarlah sekarang hingga november tahun ini aku fokus kepada kerja, pangajian aku dan juga perkembangan sahsiah diri.
satu faktor lagi yang merencatkan permainan pencarian cintaku ialah cinta kimia aku dengan NJZ. aku rasa bersalah untuk berkenalan dengan gadis2 lain ataupun mencari cinta kerana aku kasih dan sayang kepada NJZ. seperti lagu kimia oleh imelda ahmad, aku teringat pada kali pertama aku memandang NJZ dan juga pada pandangan2 seterusnya, aku terasa cetusan kimia antara dia dan aku. aku teringat pada malam2 aku menelefon dia, dia acapkali mengatakan bahawa dia sedang berfikir tentang ku. begitu juga sebaliknya apabila dia menelefon aku, aku terasa dan berfikiran tentang mahu menelefon dia, walaupun aku tidak pernah mengaku tentang ini kepada dia. tetapi aku dan dia terlalu berhati dalam menjalinkan persahabatan ini. tambahan pula dia harus pergi jauh dari diriku untuk melanjutkan pelajaran dia. aku berserah, jika ada jodoh aku percaya ianya takkan ke mana. aku tidak mahu dia terikat dengan aku apabila dia sedang jauh di sana. aku bukan tidak percaya dia, tetapi aku tidak percaya aku. tanpanya disisi aku tentu sekali tergugat apabila melihat gadis2 lain yang teruja ingin menggodaku dengan jelingan manja mereka.
aku memang mahu sentiasa menelefonnya dari sini, tetapi disebabkan zon masa yang berbeza, selalunya sukar untuk menetapkan suatu masa yang sesuai. ketika aku bangun dia sedang tidur dan semasa dia tidur aku sedang bangun. bila hujung minggu masing2 mempunyai perkara lain untuk dibuat. aku tidak mahu menetapkan suatu jadual agar tidak membebankan dia dan merimaskan kedua-dua pihak. biarlah perutusan emel sekali sekala mengubat rindu antara aku dan dia. namun aku percaya hati dan akal kami sentiasa berhubung. walaupun jauh secara fizikal tetapi secara batinnya mungkin tidak.
adakah perasaan ini seolah-olah bertepuk tangan. adakah aku seorang sahaja yang kasih dan sayang terhadap dia. aku takkan marah ataupun dendam dengan apa yang dia telah, sedang dan bakal lakukan. aku faham. aku akan biarkan masa menentukan. dan masa itu ialah sehingga bulan november. adakah perasaan kasih ini bertambah ataupun berkurang dengan kekangan kekangan yang sedia ada dan akan ada.
Once bitten, twice shy
8 years ago