Syukur alhamdulillah hari ni aku terlepas lagi dalam satu kejadian kemalangan. sedang aku bawak kereta secara gila gila, aku buat la pusing baring di suatu selekoh yang nampaknya seperti jalan yang kosong. tetiba adasebuah motor menuju ke arah ku dari arah bertentangan, nasib baik dia pon pusing baring ke arah lain iaitu simpang yang aku keluar. fuuhh. aku mengucap. nasib baik dia belok, kalau tak mungkin mat motor tuh dah arwah. yerla sapa tak arwah kalau dua2 bawak laju dan si mat motor plak langgar kereta kebal aku.
tapi itu memang satu pengajaran. aku tak nak belok semberono lagi. harus berhenti dan tengok kiri kanan dulu. kalau kereta aku tak berhenti maksudnya tidak sah. tak kira la berapa nak cepat aku ni, aku harus berhenti di selekoh, simpang dan kemudian barulah melintas dengan penuh hati hati.