Saturday, December 13, 2008

Aku

membahasakan diriku sebagai aku lebih mesra bunyinya tatkala bergaul dengan orang lain. aku seringkali menukar-nukar cara membahasakan diriku. dengan orang yang ku rasa terlalu berbeza dari segi umur, yakni lebih tua, aku selalu membahasakan diriku saya. saya berbunyi lebih hormat, lebih sopan tetapi ada jarak antara saya dan orang yang dibahasakan. saya seakan-akan membina satu ruang yang cukup  besar untuk tidak terlalu mesra. namun terasa kekok benar bila ber-aku-aku dengan orang yang tua bagiku. biarlah ada jarak kerana rasa hormat dengan ber-saya.

dengan keluargaku, aku lebih selesa dengan membahasakan diriku abang, sebabnya aku yang paling tua dan sejak azali aku telah dipanggil abang oleh kedua ibubapaku. lalu abang melekat sampai bila-bila.