Wednesday, September 4, 2013

Istanbul aku datang

Perjalanan yang jauh. Aku dah berada di KLIA pukul 11.30 mlm td. Check-in counter hanya buka lebih kurang sejam lepas tu. Nasib baik aku dah buat web check in. Q untuk web check in hanya lah pendek, tidak seperti check in biasa yang sangaaat panjang. Lepas check in terus masuk tanpa buang masa lagi. Ye, flight pukul 3.30 pagi. Maka aku mundar mandi di dalam airport yang agak sunyi untuk membuang masa. Perut terasa lapar, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti makan di sebuah kedai kecil di tengah2 airport yang menjual makan kopitiam. Aku memesan teh tarik dan roti bakar, sempoi. Lepas makan bayar, teh tarik RM 9 dan roti bakar 9.50. Tambah tax dan service charge total RM21.15. Wow memang mahal. Tapi selamba ni harga airport, buat muka selamba, bayar je.

Mundar mandir aku dan berhenti makan tadi telah menyebabkan masa berlalu. Pukul 2.30 aku terus ke tempat boarding. Gate 34 tak silap, orang dah mula beratur. Bila sampai turn aku, aku punye boarding pass gagal dibaca. Rupa2nya aku telah diupgrade ke business class oleh Qatar Airways, katanya ekonomi kelas penuh. Alhamdulillah, syok juga ni.

Ok, kerusi bisness kelas memang syok. Selain ruang kaki yang luas, kerusi dia boleh jadi katil, so aku boleh baring dengan sedap dan yang lagi syok kerusi tu ada fungsi urut belakang sikit2. Oklah walaupun takde rasa sangat. Dia punya stewardess pun baik semacam. Yerlaa layanan bisnes kelas kan. Aku duduk sebelaah pak cik dari Kanada, datang ke Malaysia ada projek kat tasik kenyir, apatah dia buat aku tak berapa faham slang kanada dia. So takpe la, kitorang pun tak cakap banyak, yer la flight malam, masing2 penat.

Flight ni transit kat doha, bila keluar plane ya Allah memang terasa panas sekali, dah la keluar naik tangga je, walalupun pukul 6 pagi gitu, udara baahang kepanasan dah terasa. Bila dah turun naik tangga tu kene naik bas pulak, lalu dihantar kami ke transit hall, memang sesak, ramai giler orang, aku sempat solat subuh kat situ, subuh yang yuk la, sebab tak tahu pukul berapaa subuh habis, lagipun walaupun baru pukul 6 pagi waktu doha, hari dah snagat terang dan panas.

Memmang ramai orang kat airprot tersebut. Sebab gate untuk flight Istanbul ni sama gate untuk flight ke Jakarta, memang nampak ramai giler orang Indon duduk merata menunggu kapal terbang mereka. Dah macam perkelahan dah, sebab mereka ni bantai duduk je kat lantai bersila beramai-ramai.

Selepas gate dibuka, kami kene tunggu bas pula. Bas ni akan bawa kami ke kapal terbang. Jauh juga la perjalanan dalam bas, hampir setengah jam. Airport Doha ni sangat luas, tapi tak bersambung dengan transit terminal atau terminal lain, kapal terbang pula parking jauh2, so kene la naik bas untuk ke sana. Jadi dalam hati aku memang berkata, airport KLIA memang jauh lagi best. Tak perlu naik bas untuk ke kapal terbang dan tak terasa langsung bahang udara luar.

Sampai ke kapal terbang kami perlu menaiki tangga untuk ke atas dalam kapal terbang. Sebab kali ni aku tidak diberi upgrade, maka aku bersama penumpang ekonomi yang lain memasuki kapal terbang melalui pintu belakang. Terasa sunguh keadaan seat yang kecik dan tak seluas bisnes kelas, dahlah ruang kaki agak sempit sebab depa letak pula kotak bawah seat untuk letak life jacket kot, so kaki aku x dapat la nak menegang ke hadapan. Walalupun begitu aku terlelap beberapa kali.

Setelah 4 jam lebih dalam flight akhirnya sampai ke Istanbul international airport. Sampai ke pegawai imigeren mereka, ok je, walaupun xde visa dalam passport aku, aku tidak perlu mengisi apa2 borang, bagi je passport kat mereka lepas tu dia key in something dan selepas tu mereka cop passport aku. Takde kata apa2 pun. Aku pun agak terkejut dengan betapa mudahnya nak masuk ke Turki ni.

Selepas ambil bagasi di conveyor belt, aku lantas mengikut sign ke arah metro, sayang sekali mesin untuk beli Istanbul kart rosak, tak terfikir pulak nak beli je tiket one way, lantas aku naik balik ke atas bahagian ketibaan dan menuju ke arah teksi. Perjalanan ke kawasan sultan ahmet mengambil masa setengah jam dan pakcik teksi ni tak pandai berbahasa English. So diam je la aku sepanjang perjalanan. Tapi bila sampai kawasan sultan ahmet tu jalan jem, jadi pakcik tu suruh la aku jalan kaki naik atas ke hagia sofia, katanya dekat je. Ok lah aku pun turun, meter tunjuk 40.90 tapi bila aku bagi 50 lira, pak cik selamba je kata thank you xde nak bagi baki pun, oklah aku bior jer la sebab dia pun x paham sangat cakap aku. Aku keluar dan menuju ke arah hagi sofia, jauh jugak la aku rasa aku menarik beg. Dahla jalan berbukit. Dalam 40 minit baru jumpa hotel aku, tu pun berpusing2 sebab aku tersalah ambil jalan. Banyak juga orang turkey ni menegur tanya nak ke mana, tapi sebab aku terbaca banyak scam turkish ni kat blog2, aku macam takut nak laayan diorang. Tu yang jalan je, walaupun x berapa nak tahu kat mana.

Check in hotel agak mudah, sebab aku dah buat tempahan melalui booking.com. Orang hotel hanya mintak passport dan kredit kad. Nama hotel aku ni Hotel Old City, betul2 dekat dengan hagia sofia. Dalam bilik aku pun ada permandangan hagia sofia yang sangat jelas. Kini masih terang kelihatan tatkala aku menulis blog ini.

Dah masuk bilik mandi dulu, bilik mandi dia agak best sebab air kuat dan shower pun best, air suam. Lepas mandi tidur, baring2 atas katil sebab badan terasa sangat letih dan rasa macam nak demam. Hidung pun sedap je mengalirkan hingusan.

Baring2, terlena sampai ke maghrib. Lepas solat baru turun ke bawah untuk melihat sekitar. Masih lively walaupun dah pukul 9 malam. Ada event yang orang korean buat untuk promote negara mereka. Akhir dapat juga beli Istanbul kart dekat newspaper kiosk. Harga kad 7 lira dan dia boleh isi nilai berapa yang kita nak. Aku minta 20 lira dulu. Tengok macammana esok aku menggunakannya. Tetiba rasa malas untuk meneruskan perjalanan, kaki masih terasa penat, dan sebab aku jalan sorang2, aku rasa agak takut untuk meneruskan perjalanan, lagipun orang terki ni peramah giler, pantang nampak aku jalan2 ni, ada je nak tegur. Aku malas layan sebab dah terbaca kat blog2 lain tentang scam meereka, takut terkena kat sendiri pulak. Tak nak la hari pertama dah kene scam kan. Jadi aku pon balik ke hotel dan menulis entry untuk blog ni.