Sunday, September 1, 2013

Aku Jatuh Cinta di Watson

Hari ini tanggal 1 September, satu Ahad yang tenang dalam sekitar pukul 2.45 aku berlegar-legar di Watson mencari barang2 keperluan. Tiba-tiba aku ternampak seorang gadis ayu. Wow sungguh ayu. Dia bersama kawannya sedang membelek kawasan maskara. Woaah mukanya macam model hijabster. Putih, suci, bersih, wow rasa nak tegur je terus ajak kahwin tapi aku segan dan malu. Aku dok jenguk2 dia, pusing2 jalan, konon aku masih mencari barang. Sambil2 tu aku cuba2 tengok jari2 dia, waah memang tak nampak sebarang cincin. Adakah dia sudah berpunya atau belum. Adakah dia mak orang atau bujang seperti aku. Setelah penat pusing2 dalam Watson aku menuju ke kaunter untuk membayar barang aku. Q panjang, last2 dia pun beratur belakang aku sambil main iPhone dia, rasanya dia pakai iPhone 4 sebab kontot sikit berbanding aku punya. Saje je aku pun kluarkan iPhone 5 aku sambil belek2. Adoi rasa nak tegur tapi malu. Menyesal beb tak tegur. Sebab aku rasa dah jatuh cinta pandang pertama lah. Tinggi dia ok, macam rendah sikit je dari aku, badan nampak ok, tak kurus tak gemuk, sedang2. Part muka dia la yang aku paling suka tu, stylo pulak tu pakai tudung, sebijik macam hijabster. Macam2 lah yang bermain kat fikiran aku ni, cuba cari ayat2 nak tegur dia, tapi masa tu memang otak liat sikit, lembab tak tahu nak tegur macam mana, kalau aku tak malu ada je nak cakap, "Awak, awak nampak macam model lah" tapi macam lame je aku sendiri rasa tu yang terkeluar dari mulut ni. So aku doa je kat Allah agar diberikan seorang isteri persis dia, InsyaAllah Allah Maha Mengetahui. Kalau jodoh mungkin aku akan bertemu dia lagi tapi kali ni aku rasa aku dah ada skrip nak tegur dia.

"Eh, awak ni Aisyah M kan?. Macam familiar je"
so mungkin dia akan kata "Eh tak lah, awak ni salah orang kot"
lalu aku akan teruskan, "Ooo maaflah, muka awak memang macam dia, sorry ye"
dia mungkin kata, "Takpe"
dan aku patut terus sambung, "Tapi, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak"
lepas ni saya tak tau apa dia punya reaksi.. harapnya dia pun menyambut salam perkenalan saya.

Kalau memang jodoh tak ke mana.
Sudah dekat 30 tahun saya menunggu jodoh saya.
Ye, saya memang memilih.
Saya memilih seorang macam dia.
Tapi sayang tadi saya taj tegur dia pun.
Harap Allah berikan aku jodoh yang terbaik.
Amin.