Januari 10, 2010
Recap: Kami sampai di Incheon dalam pukul 7 pagi dan melihat keputihan salji meliputi landasan. Kami teru menggesakan diri berlari-lari anak utk mengambil luggage dan keluar dari airport untuk mengejar flight seterusnya ke Busan yg dijadualkan pada 8.50 pagi.
Wew, flight ke Busan delay selama 25 minit. Sekarang, flight ke Busan akan berlepas pada 9.15 pagi.

Biasalah, memula sekali ada safety instruction oleh pramugari. Ini pramugari Korea, walaupon agak berumur tapi buleh tahan juga.
Kami tiba di Busan pada 10.15 pagi dan hanya keluar airport pada pukul 10.50 pagi. Sebuah bas yang disediakan oleh KHNP telah bersedia menunggu kami.
Seterusnya di bawa makan di sebuah restoran di tepian laut dan dilayan oleh pelakon korea yang kurang terkenal.
Selepas makan siang, kami berehat sambil melihat laut.